Thursday, October 21, 2010


kenangan raya 2010....
kawan2.....rasa2 inilah raya terakhir kita kat ILPLedang ni..dah berbulan2 aku tunggu2 surat rasmi ni dengan hati yang risau sebab takut2 tak lulus maklumla macam2 dugaan dan cabaran proses kelulusannya...akhirnya hari ni aku terima surat tu...alhamdulillah..nampak gayanya masih rezki aku..

rasa sedih nak meninggalkan ILPLedang ni terkenangkan macam2 pengalaman sepanjang 6 tahun perjalanan..ade gak antara korang kata aku ni "mistik"..heheh..
(sedar2 je dh sampai ILP..) seronok kerja sini terutama kat bengkel IT, korang sporting n happening..byk bengkel 'jealous' ngan IT ni sebab komitmen kita...KB mmg TOP! laa...cayalahh!!

tp kat mana silapnya ada rasa tak seronok pd lately ni...apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk team kita, walaupun aku tak byk menyumbang kat IT ni, mintak2nya halalkan la ilmu korang yg telah byk memberi sumbangan pada aku yg 'buta' IT ni ea..
sayang korang semua!!!
blog yg semakin dlupakan dek kerana facebook...hmmm(dh tutup pon acc..huhu)
lama dah tak update ruangan blogger ni, macam2 hal dah terjadi..baik dari kisah pejabat, perjalanan hidup dan juga macam2 ada..bak kata Astro, "macam2 Ada"...
di pejabat..dah hujung2 sem ni, mulalah banyak planning nak buat..maklumla studen dah nak exam..struggle la konon..pensyarah pon stuggle dengan kerja2 kursus mereka..

cerita pasal kursus...tahun ni paling banyak gi kursus, terutama kursus wajib...haaiiii tertinggal zaman aku ni, nak buat mcm mana rezki setakat ni..ni pon rasa2 mcm dah hujung2 perkhidmatan kat ilp ni.lepas tu membawa diri..huh..membawa diri yang dah mula rasa tak seronok bekerja dalam suasana macam ni..(yeke...??hehehe)..ade la tu kisah dan tauladannya..bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam...

Wednesday, March 10, 2010

BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?


1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!

2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.

3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet.

4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.

5. Buat secawan kopi panas.

6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan
.

Sunday, January 31, 2010

PETUA HILANG BEKAS JERAWAT

Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.
Gambar Daun Cekur -
Wikipedia
Gambar Rizom Cekur - Mardi
2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.
3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.
4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.
5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih
.

STATUS PENCEMARAN MELAMINE

STATUS PENCEMARAN MELAMINE DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU DARI NEGARA CHINA(28 Jan 2010)
28/01/2010 : KENYATAAN AKHBAR


MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

STATUS PENCEMARAN MELAMINE DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU DARI NEGARA CHINA


Kenyataan akhbar New Straits Times dan The Star bertajuk “More melamine found in milk” bertarikh 26 Januari 2010 serta kenyataan dalam The Star Online berkenaan “Melamine milk products found in China” bertarikh 25 Januari 2010 adalah dirujuk. Berita berkenaan melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Negara China telah mengarahkan beberapa susu dan hasilan susu yang dijual di pasaran tempatan di selatan Negara China ditarik balik berikutan didapati tercemar dengan melamine.

Produk yang ditarik balik meliputi susu dan hasilan susu sejuk beku yang dijual di pasaran berkenaan sejak awal tahun 2009 dan melibatkan tiga (3) syarikat iaitu Shandong Zibo Lusaier Dairy, Liaoning Tieling Wuzhou Food and Laoting Kaida Refrigeration. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tiada permit import dikeluarkan kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menegaskan bahawa masalah berkaitan pencemaran melamine dalam makanan adalah terkawal berikutan aktiviti pemantauan yang dijalankan secara berterusan terhadap produk makanan tempatan dan import termasuk dari Negara China. Berdasarkan aktiviti pemantauan melamine dalam produk makanan yang dijalankan pada tahun 2009, sejumlah 515 sampel telah diambil yang mana kesemuanya (100%) di bawah action level bagi melamine yang ditetapkan KKM, iaitu 1 mg/kg atau 1 bahagian setiap juta (parts per million – ppm) bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg (2.5 ppm) bagi makanan lain. Sampel yang diambil meliputi pelbagai jenis makanan termasuk yang diimport dari Negara China seperti susu, susu rumusan bayi, susu rumusan susulan bayi, ais krim, yogurt, susu soya, biskut, coklat, konfeksi, kicap, tepung, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, berhubung dengan isu ini sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 (Surveilan) bagi analisa melamine kepada semua susu dan hasilan susu yang diimport dari Negara China mulai 6 Januari 2010 melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM). Di samping itu, susu dan hasilan susu serta makanan yang berkemungkinan boleh tercemar dengan melamine yang diimport dari negara lain turut dipantau secara berterusan bagi parameter melamine.

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan melebihi action level yang ditetapkan KKM dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine melebihi action level yang ditetapkan tersebut jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

27 Januari 2010