Thursday, October 21, 2010


kenangan raya 2010....
kawan2.....rasa2 inilah raya terakhir kita kat ILPLedang ni..dah berbulan2 aku tunggu2 surat rasmi ni dengan hati yang risau sebab takut2 tak lulus maklumla macam2 dugaan dan cabaran proses kelulusannya...akhirnya hari ni aku terima surat tu...alhamdulillah..nampak gayanya masih rezki aku..

rasa sedih nak meninggalkan ILPLedang ni terkenangkan macam2 pengalaman sepanjang 6 tahun perjalanan..ade gak antara korang kata aku ni "mistik"..heheh..
(sedar2 je dh sampai ILP..) seronok kerja sini terutama kat bengkel IT, korang sporting n happening..byk bengkel 'jealous' ngan IT ni sebab komitmen kita...KB mmg TOP! laa...cayalahh!!

tp kat mana silapnya ada rasa tak seronok pd lately ni...apapun aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk team kita, walaupun aku tak byk menyumbang kat IT ni, mintak2nya halalkan la ilmu korang yg telah byk memberi sumbangan pada aku yg 'buta' IT ni ea..
sayang korang semua!!!
blog yg semakin dlupakan dek kerana facebook...hmmm(dh tutup pon acc..huhu)
lama dah tak update ruangan blogger ni, macam2 hal dah terjadi..baik dari kisah pejabat, perjalanan hidup dan juga macam2 ada..bak kata Astro, "macam2 Ada"...
di pejabat..dah hujung2 sem ni, mulalah banyak planning nak buat..maklumla studen dah nak exam..struggle la konon..pensyarah pon stuggle dengan kerja2 kursus mereka..

cerita pasal kursus...tahun ni paling banyak gi kursus, terutama kursus wajib...haaiiii tertinggal zaman aku ni, nak buat mcm mana rezki setakat ni..ni pon rasa2 mcm dah hujung2 perkhidmatan kat ilp ni.lepas tu membawa diri..huh..membawa diri yang dah mula rasa tak seronok bekerja dalam suasana macam ni..(yeke...??hehehe)..ade la tu kisah dan tauladannya..bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam...

Wednesday, March 10, 2010

BAGAIMANA MENGATASI MENGANTUK?


1. Dapatkan tidur yang cukup. Berapa jam? 5 jam semalam sudah memadai - dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga 8 jam. Ini bermakna anda kerugian 3 jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian 3 tahun!

2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan di sebelah petang, tidurlah 30 - 45 minit sebelum waktu Zohor (tidur Qailullah - ini sunah Rasulullah SAW). 1 jam tidur Qailullah menyamai 3 jam tidur malam.

3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan 2 kerja:
a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.

Sebaik anda mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail atau data.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari Internet.

4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.

5. Buat secawan kopi panas.

6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan.

7. Membaca akhbar (jangan lebih dari 10 minit).

8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan
.

Sunday, January 31, 2010

PETUA HILANG BEKAS JERAWAT

Ambil sedikit rizom cekur dan tumbuk sehingga halus.
Gambar Daun Cekur -
Wikipedia
Gambar Rizom Cekur - Mardi
2. Kemudian, campurkan pula rizom cekur yang dah ditumbuk halus tadi dengan bedak sejuk.
3. Gaul dan kacau campuran tu sehingga sebati.
4. Sapukan pada kawasan kulit muka anda yang berjerawat tu sebelum tidur.
5. Pada keesokan pagi, cucilah wajah anda sampai bersih
.

STATUS PENCEMARAN MELAMINE

STATUS PENCEMARAN MELAMINE DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU DARI NEGARA CHINA(28 Jan 2010)
28/01/2010 : KENYATAAN AKHBAR


MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

STATUS PENCEMARAN MELAMINE DALAM SUSU DAN HASILAN SUSU DARI NEGARA CHINA


Kenyataan akhbar New Straits Times dan The Star bertajuk “More melamine found in milk” bertarikh 26 Januari 2010 serta kenyataan dalam The Star Online berkenaan “Melamine milk products found in China” bertarikh 25 Januari 2010 adalah dirujuk. Berita berkenaan melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Negara China telah mengarahkan beberapa susu dan hasilan susu yang dijual di pasaran tempatan di selatan Negara China ditarik balik berikutan didapati tercemar dengan melamine.

Produk yang ditarik balik meliputi susu dan hasilan susu sejuk beku yang dijual di pasaran berkenaan sejak awal tahun 2009 dan melibatkan tiga (3) syarikat iaitu Shandong Zibo Lusaier Dairy, Liaoning Tieling Wuzhou Food and Laoting Kaida Refrigeration. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) tiada permit import dikeluarkan kepada ketiga-tiga syarikat tersebut.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menegaskan bahawa masalah berkaitan pencemaran melamine dalam makanan adalah terkawal berikutan aktiviti pemantauan yang dijalankan secara berterusan terhadap produk makanan tempatan dan import termasuk dari Negara China. Berdasarkan aktiviti pemantauan melamine dalam produk makanan yang dijalankan pada tahun 2009, sejumlah 515 sampel telah diambil yang mana kesemuanya (100%) di bawah action level bagi melamine yang ditetapkan KKM, iaitu 1 mg/kg atau 1 bahagian setiap juta (parts per million – ppm) bagi makanan bayi dan 2.5 mg/kg (2.5 ppm) bagi makanan lain. Sampel yang diambil meliputi pelbagai jenis makanan termasuk yang diimport dari Negara China seperti susu, susu rumusan bayi, susu rumusan susulan bayi, ais krim, yogurt, susu soya, biskut, coklat, konfeksi, kicap, tepung, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, berhubung dengan isu ini sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 (Surveilan) bagi analisa melamine kepada semua susu dan hasilan susu yang diimport dari Negara China mulai 6 Januari 2010 melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM). Di samping itu, susu dan hasilan susu serta makanan yang berkemungkinan boleh tercemar dengan melamine yang diimport dari negara lain turut dipantau secara berterusan bagi parameter melamine.

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan melebihi action level yang ditetapkan KKM dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine melebihi action level yang ditetapkan tersebut jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

27 Januari 2010

Monday, April 20, 2009

perihal airmata

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s.

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”

Air mata yang tidak dituntut
  1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
  2. Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
  3. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  4. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
  6. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat

Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

1. Apabila dahinya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.

Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;

1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."

(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Tuesday, March 24, 2009

Jangan Memain

Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara
remaja
berhati-hati!
Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi.......

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya
antara motosikal
dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari
jenazah telah merayau
merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.

Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah
berkenaan, kakitangan
terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang
diuruskan terpaksa
dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana
rambutnya telah diwarnakan.

Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak
merayau, namun gagal.
Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua
bahagian badan simati
ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.
Setelah beberapa
lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah
dipindahkan ke kubur
Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi....

Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan
salib
dan simati
sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian
dan berkelakuan
sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang
berusia 16 tahun.

Kisah kedua
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.
Beberapa kali beliau
menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, dihadapan
kawan-kawan beliau
telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk
kristian. Ditakdirkan
Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana
kemalangan. Mayatnya
diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di
kebumikan
berdekatan dengan masjid.

Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis
dari
kubur simati. Ditanya
pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang
budak
yang baik...namun
dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah
ditanya dan diperiksa
barulah dimaklumkan mengenai nazar simati....dan mayatnya pun
dipindahkan ke kubur Kristian.
Barulah tiada tangisan kedengaran.. ...

Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah
akan
aktiviti anak-anak,
adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di
mana-mana... tanpa disedari.

Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam
bahasa melayu telah sampai
di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah
dimaklumkan bahawa ia telah
diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang
berdaftar... . Samada benar
atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible
telah
diedarkan kepada
pelajar-pelajar sekolah...

Wallahu'alam. ....
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. ........, kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........, Ya Allah jadikan lah
kami
hamba2 mu yang bertaqwa.... .., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya
kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki